SVARA 16: 100 Tahun Pramoedya
SVARA 16: 100 Tahun Pramoedya
Couldn't load pickup availability
Jurnal Svara ialah sebuah penerbitan berkala di Malaysia yang memberi tumpuan kepada perihal budaya. Diterbitkan 4 kali setahun, setiap isu memuatkan esei-esei panjang, cerpen dan sajak daripada pelbagai penulis meliputi hal-hal berkaitan kritik sastera, filem, muzik, wawancara dan lain-lain.
Memberi tumpuan kepada kisah-kisah sekitar #ASEAN, Jurnal Svara Isu 16 kali ini antara lain memuatkan esei-esei sempena 100 Tahun Pramoedya dan 60 Tahun Shahnon Ahmad, serta catatan sejarah-politik sempena 70 Tahun Persidangan Asia-Afrika di Bandung pada 1955.
Antara penyumbang tempatan dan serantau yang mengisi lembar Svara kali ini termasuk Seno Gumira Ajidarma, Prof. Jomo K.S., Dr. Okky Madasari, M. Navin, Dr. Azman Ismail, Danny Lim, Dina Zaman, Tara Sosrowardoyo, Hasful Zainuddin, Wan Hamidi Hamid dan ramai lagi.
Antara yang menarik dalam isu 16 ini:
Pertemuan Dengan Pram oleh Seno Gumira Ajidarma
Bandung ‘55: Semangat Masih Membara Atau Hanya Nostalgia Palsu oleh Wan Hamidi Hamid
Manusia dan Kemiskinan oleh Dina Zaman
Joko Pinurbo, Pacar Kecilku oleh Okky Maddasari
Kenapa Shahnon Ahmad Marah-marah oleh A. Muziru Idham
Share


