Sejarah Islam di Alam Melayu: Antara Fakta dan Rekaan
Sejarah Islam di Alam Melayu: Antara Fakta dan Rekaan
Couldn't load pickup availability
Buku ini ditulis bagi menjawab kekeliruan yang ditimbulkan oleh ramai sejarawan Eropah berkenaan sejarah Islam di Alam Melayu demi menyingkap hakikat sejarah dan membezakannya daripada cerita-cerita rekaan dan khayalan.
Persoalan tentang siapakah pendakwah-pendakwah yang membawa dan menyebarkan Islam ke rantau ini, andaian bahawa Islam datang dengan jalan perdagangan yang mengisyaratkan bahawa tiada usaha yang terancang dan tersusun untuk Islamisasi Alam Melayu, tentang asal usul nama Sumatra, samaada ianya berasal daripada perkataan Samudra atau Semutra; persoalan mengenai Merah Silau dan al-Malik al-Şalih; identiti sebenar Parameswara; asal-usul nama Melaka yang kononnya diambil daripada pohon Melaka: identiti Wali Songo dan nama-nama mereka, bahkan perbincangan juga merangkumi sejarah Islamisasi Mindanao, Sulu, Brunei dan Pulau Jawa.
Semua fakta sejarah ini penulis kemukakan dengan menggunakan kaedah ilmiah yang menyeluruh berdasarkan hujah-hujah akliah yang disokong oleh bukti-bukti empirikal dan bukan berasaskan hujah-hujah sangkaan sepertimana yang sering dilakukan oleh para sejarawan Eropah.
Share
