Universiti Para Bedebah: Merungkai Kritik Neoliberalisme dalam Pendidikan Tinggi
Universiti Para Bedebah: Merungkai Kritik Neoliberalisme dalam Pendidikan Tinggi
Couldn't load pickup availability
Pada asasnya, ranking mengubah landskap universiti yang pada hakikatnya kompleks dan beragam menjadi satu tatanan hierarki yang seragam dan melalui proses reduksionisme ini, institusi pendidikan tinggi dilabel, dinilai, dan dikelompokkan berdasarkan satu indikator angka yang tunggal dan kelihatan objektif.
Retorik seperti ‘kecemerlangan’, ‘daya saing global’, dan ‘universiti bertaraf dunia’ digunakan secara meluas untuk menjustifikasikan keputusan strategik yang menguntungkan segelintir elit, tetapi pada masa yang sama membebankan majoriti warga universiti.
Oligarki akademik, oleh itu, bukan sekadar masalah dalaman universiti. Ia adalah persoalan asas tentang siapa yang berhak menentukan masa depan pengetahuan. Adakah ia akan terus dimonopoli oleh segelintir elit yang selari dengan logik pasaran dan kuasa negara, atau dikongsi secara kolektif oleh komuniti akademik yang pelbagai dan berakar dalam realiti sosial?
Share
