Skip to product information
1 of 1

Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat

Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat

Regular price RM60.00 MYR
Regular price Sale price RM60.00 MYR
Sale Sold out
Material

Buku ini memuatkan tulisan seramai 19 orang penulis tentang 27 orang tokoh-tokoh pejuang rakyat dari perspektif sejarah rakyat. Ia mengandungi kisah-kisah individu yang pernah menyumbang kepada perjuangan kemerdekaan tanah air serta mereka yang hidup dan berjuang selepas merdeka untuk membela kepentingan rakyat demi mengisi kemerdekaan.

Walaupun buku ini menampilkan sosok tokoh secara individu, namun di sebalik setiap tokoh itu, ada arus politik dan sosial secara kolektif yang bergerak dan melontarkan sosok itu ke hadapan melalui gagasan dan penglibatan mereka. Tokoh-tokoh itu berjuang dalam zaman masing-masing dan dengan cara masing-masing. Ada di antara mereka sudah dikenali umum tetapi banyak juga kurang dikenali apalagi diketahui secara mendalam.

Sebahagiannya walaupun diketahui umum, peranan dan sumbangan mereka sering diremehkan, dan tidak diakui dalam sejarah rasmi negara. Kebanyakan mereka sering diletakkan pelbagai label seperti 'kiri', 'radikal', ‘pengkhianat', 'melawan arus' dan sebagainya, serta berada di pinggiran dalam naratif sejarah negara kita.

Kami berharap buku ini bermanfaat kepada pembaca pelbagai lapisan sebagai bacaan umum untuk menambah pengetahuan mengenai sejarah dan secara khusus ia digunakan oleh para pelajar dan peminat sejarah sebagai bahan rujukan dalam kajian masing-masing mengenai sejarah tanah air.

View full details