Tabiat Kediktatoran dan Keruduman Perhambaan - Abdul Rahman Al-Kawakibi (1854-1902)

Tabiat Kediktatoran dan Keruduman Perhambaan - Abdul Rahman Al-Kawakibi (1854-1902)

Regular price RM45.00 MYR Sale

"Walaupun buku al-Kawakibi ini ditulis lebih daripada satu kurun yang lalu, namun isu-isu yang dibahaskan olehnya tetap masih relevan kepada zaman sekarang. Kesegaran kupasan buku ini terpelihara hingga ke hari ini kerana isu utama yang dibicarakannya, iaitu isu kediktatoran, adalah isu yang perenial dan berkekalan dalam kehidupan politik manusia dalam ertikata bahawa ia sentiasa dihadapi oleh sebahagian besar daripada umat manusia. Pada setiap masa akan terdapat negara atau masyarakat yang terpaksa bergelut dengan isu kediktatoran dalam pemerintahan. Dengan kata lain, muka bumi ini tidak pernah sunyi daripada masalah kediktatoran. Bagi mereka yang mahu belajar daripada sejarah, buku Tabiat Kediktatoran dan Keruduman Perhambaan ini adalah sebuah tulisan yang berguna untuk membantu kita memahami kediktatoran sebagai suatu kecenderungan manusia dalam bermasyarakat dan berpolitik dan juga memahaminya sebagai fenomena sosial yang boleh dan malahan patut dicegah daripada berlaku kerana ia boleh mengakibatkan kehancuran masyarakat." - Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar, Penyandang Kursi Pemikiran Islam al-Ghazali & Shaykh al-Kuliyyah, ISTAC-IIUM

Mengenai Penulis

Abdul Rahman al-Kawakibi (1854-1902) merupakan salah seorang tokoh intelektual dan pemikir Muslim terkemuka. Beliau juga merupakan salah seorang pendokong utama gerakan Islah pada abad yang ke-19. Beliau turut dikenali sebagai ‘al-Sayyid al-Furati’ dan ‘Pengembara Kaf’. Selain memberi perhatian yang besar dan luas terhadap dunia keilmuan, beliau juga seorang pengembara serta berpengalaman luas memegang pelbagai jawatan penting pada zamannya serta memainkan peranan sebagai intelektual awam dalam mereformasi pemikiran masyarakat Muslim. Gabungan intelektualisme dan aktivisme cukup mempengaruhi hasil intelektualnya sebagaimana terpampang dalam dua karya agungnya iaitu Umm al-Qura dan Tabai’ al-Istibdad.

 

Maqasir Institute Malaysia. 2019. 236 pages