SVARA Isu 17 | Pendeta Dari Bogor [PRE-ORDER]
SVARA Isu 17 | Pendeta Dari Bogor [PRE-ORDER]
Couldn't load pickup availability
Jurnal Svara ialah sebuah penerbitan berkala di Malaysia yang memberi tumpuan kepada perihal budaya. Diterbitkan 4 kali setahun, setiap isu memuatkan esei-esei panjang, cerpen dan sajak daripada pelbagai penulis meliputi hal-hal berkaitan kritik sastera, filem, muzik, wawancara dan lain-lain.
Ini kali pertama Svara memusatkan tumpuan hanya kepada tiga orang tokoh sahaja, sebagai teras kandungan bagi edisi ke-17 ini. Hanya tiga orang, dengan sorotan hal-hal berkaitan mereka semata-mata, dan tak lebih daripada itu.
Yang pertama adalah tentang Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang pada tahun 2024 telah dikurniakan gelaran Profesor Diraja oleh kerajaan Malaysia. Beliau merupakan orang kedua yang menerima gelar itu, selepas Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid pada 1978. Sepanjang usianya yang bakal mencecah angka 95 tahun ini, dan melalui buah fikiran yang telah disyarah, ditulis dan diterbitkan, beliau telah banyak mengocakkan perbincangan intelektual dan falsafah Islam yang kemudiannya melimpahkan pengaruh ke dalam cara hidup masyarakat, serta membentuk dasar dalam kerajaan dan memberi kesan sosial yang dapat kita teliti hari ini—sama ada daripada kelompok yang bersetuju dengannya, atau daripada golongan yang berseberangan pendapat; dan dari dalam negara mahupun di lapangan mendunia.
Svara edisi kali ini—dalam cara yang sederhana—ingin meraikan dan memberi penghormatan terhadap semua pencapaian tersebut, ketika hayatnya. Bahagian tulisan-tulisan berkaitan beliau yang termuat ini dihasratkan sebagai pembuka jalan kepada generasi yang jauh lebih muda (usia atau bahkan perkenalan dengan karya-karyanya) untuk mengenali sedikit sebanyak sisi yang membangunkan tanggapan yang pelbagai tentang idea yang dibawa. Untuk itu, kami menghimpunkan pandangan-pandangan dari kelompok berbeza-anak murid, pengkagum, pengkritik, peneliti serta orang-orang yang berminat untuk menyatakan pandangan yang berbeza-sebuah keraian yang selalu ingin dipertahankan.
Share
![SVARA Isu 17 | Pendeta Dari Bogor [PRE-ORDER]](http://tintabudi.com/cdn/shop/files/TintabudiShop-2_fa058b91-da8e-4d4c-8376-0b38db0d40f0.png?v=1769585595&width=1445)