Petang Condong merupakan kumpulan puisi T. Alias Taib yang keenam dari keseluruhan antologi puisinya, yang diterbitkan pada 1996. Antologi ini memuatkan 78 buah puisi yang ditulisnya dalam tempoh sekitar enam tahun (1989 - 1994). Petang Condong ini telah diberi pengiktirafan tertinggi kerana dipilih sebagai pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia untuk sesi 1996/97.