Pasar Pengalaman - T. Alias Taib

Pasar Pengalaman - T. Alias Taib

Regular price RM0.00 MYR RM20.00 MYR Sale

Selepas antologi puisinya Laut Tak Biru Di Seberang Takir (1972) dan Pemburu Kota (1978), penyair kelahiran Kuala Terengganu ini membuka pintu kreatifnya lagi dengan Kunci, judul manuskrip asal (iaitu, judul yang disunting dan diterbitkan sebagai Seberkas Kunci oleh Dewan Bahasa & Pustaka, 1985). Kunci merupakan kumpulan puisinya yang ketiga dan meneruskan gaya penulisannya melalui 93 buah puisi. Jika disorot kegiatannya dalam bidang penulisan, T. Alias Taib telah mula menulis sejak 1960-an. Namun, mutu karya-karyanya kian menonjol mulai tahun 1970-an ketika puisi-puisinya mula memperlihatkan aspek estetik serta membawa kelainan dalam pengucapan, termasuk bereksperimen melalui penciptaan puisi-puisi konkrit.
——

Pusaka Alias. 2020. 111 pages. Paperback.