Naratif Seni Rupa Malaysia (Jilid 4): Perspektif - Ed. Nur Hanim Khairuddin, Beverly Yong, Yap Sau Bin, Simon Soon

Naratif Seni Rupa Malaysia (Jilid 4): Perspektif - Ed. Nur Hanim Khairuddin, Beverly Yong, Yap Sau Bin, Simon Soon

Regular price RM35.00 MYR Sale

Apakah maksud dan impak seni terhadap masyarakat Malaysia? Apakah bentuk kerja para kurator, dan apakah agenda serta harapan yang memacu praktis mereka? Bagaimana sejarah seni Malaysia ditulis dan bagaimana ia boleh diperluaskan? Penerbitan jilid keempat dan terakhir daripada siri Naratif Seni Rupa Malaysia ini memberi ruang kepada kita untuk menilai seni Malaysia, termasuk kuasa serta motivasi yang telah membentuk pemahaman kita tentang peranan mahupun perkembangannya. Perspektif menghimpunkan suara pihak awam, para aktivis, pencinta seni, pengkritik, kurator, ahli akademiuk, dan artis dalam sebuah koleksi wawancara, perbualan, esei, dan pandangan. Koleksi ini diharap dapat menggalakkan cara pemikiran yang berbeza dalam soal seni, serta kepentingannya pada masa lalu, masa kini, dan masa hadapan.

——

RogueArt. 2019. 346 pages. Paperback.