Naratif Seni Rupa Malaysia (Jilid 2): Reaksi-Strategi Kritikal Baru - Ed. Nur Hanim Khairuddin, Beverly Yong, T.K. Sabapathy

Naratif Seni Rupa Malaysia (Jilid 2): Reaksi-Strategi Kritikal Baru - Ed. Nur Hanim Khairuddin, Beverly Yong, T.K. Sabapathy

Regular price RM40.00 MYR Sale

Naratif Seni Rupa Malaysia Jilid 2: Reaksi – Strategi Kritikal Baru menyorot bagaimana para artis Malaysia memberi respons dan tindakbalas ke atas peristiwa- peristiwa sosio-politik yang berlaku di Malaysia, dan juga terhadap pelbagai bentuk pendekatan dan sikap pengkaryaan seni yang berubah-ubah sepanjang 45 tahun yang lampau.
Dengan menampilkan suara-suara yang kritikal dan penting dalam seni rupa Malaysia sejak dari 70-an sehingga 90-an, sampailah kepada suara-suara generasi artis, penulis dan pengkaji yang lebih muda, jilid ini sedikit sebanyak merakamkan segenap keterdesakan dan keghairahan yang telah mendasari dan mewarnai perkembangan seni rupa kontemporari serta praktis kesenian Malaysia. Jilid ini memuatkan penulisan-penulisan polemikal oleh beberapa artis dan kumpulan seni, esei-esei yang pernah diterbitkan dan yang baru dihasilkan khusus untuk penerbitan ini, teks-teks wawancara dengan beberapa artis, dan juga petikan- petikan daripada katalog-katalog pameran yang penting lagi besar pengaruhnya.
Imej-imej hitam-putih dan berwarna yang mendokumentasi lebih daripada 100 buah karya dan peristiwa seni turut menghiasi jilid ini.

——

RogueArt. 2013. 412 pages. Paperback.