Laut Tak Biru Di Seberang Takir merupakan penampilan sulung kumpulan puisi T. Alias Taib pada 1972 yang dihasilkan secara stensilan. Antologi ini memuatkan 45 buah puisi yang ditulisnya selama tiga tahun (1968 - 1970) yang akhirnya muncul, hanya selepas 12 tahun mula menulis. Kumpulan puisi ini kembali diterbitkan setelah menjangkau jarak 45 tahun kerana memenuhi permintaan.