“Buku ini – yang asalnya diterbitkan pada 1988, dan baru kini muncul dalam bahasa Melayu – sewajarnya diiktiraf sebagai sebuah klasik. Ia merupakan satu kajian perintis sejarah idea dalam konteks masyarakat Melayu – satu pengamatan pemikiran Melayu tentang ‘pembangunan’, meliputi zaman sebelum penjajahan sehingga era negara moden pasca merdeka.
“Meskipun berjudul sederhana, Idea-idea Melayu tentang Pembangunan berwawasan tinggi dalam jangkauan, bermula dengan satu analisis tulisan-tulisan dari kesultanan (atau kerajaan) yang akhirnya jatuh kepada kekuasaan British dan Belanda pada abad ke-19, dan berakhir dengan pemikiran politik perdana menteri-filsuf, Mahathir Mohamad.”
Anthony Milner
Profesor Basham dalam Sejarah Asia, Universiti Nasional Australia
——
SIRD. 2020. 251 pages. Paperback.