‘Dialog Dengan Sasterawan’ - Kassim Ahmad

‘Dialog Dengan Sasterawan’ - Kassim Ahmad

Regular price RM35.00 MYR Sale

“Perlu diingatkan, sastera bukan seorang dewi yang ditugaskan Brahma untuk menghiburkan manusia terkutuk di dunia, tetapi sebuah kandil yang mengenangkan fikiran, hari dan jiwa makhluk yang berbahagia.”

 

Dialog Dengan Sasterawan menghimpunkan 22 buah esei yang menjadi cerminan sisi lain Kassim Ahmad; kritikan dan komentar sastera yang pernah dihasilkan dalam rentang waktu dari 1950an hingga 1970an. Terbit pertama kali pada 1977, edisi kedua ini turut memuatkan esei tambahan, Syarahan Pendeta Za’ba yang disampaikan di Universiti London pada 1992.