
Perihal Kesederhanaan Dalam Beriktikad - Al-Ghazali
Regular price
RM0.00 MYR
RM35.00 MYR
Sale
Perihal Kesederhanaan Dalam Beriktikad merupakan sebuah teks klasik yang berusia hampir satu alaf. Ia merupakan salah satu karya penting yang meneruskan wacana Ilmu Kalam menurut neraca Ahli Sunnah.
Ia mengandungi sejumlah hujah yang ampuh dalam menjawab kerancuan pemikiran berhubung ketuhanan dan intisari agama.
Hujah-hujah yang dibentangkan terhasil daripada analisis dan sintesis terhadap Al-Quran dan Hadis menerusi beberapa bidang ilmu lain, seperti logika, bahasa dan etika perdebatan. Keunikan karya ini membolehkannya kekal sebagai salah satu silibus pengajian Ilmu Kalam, iaitu sebagai karya peringkat pertengahan di beberapa institusi pengajian tradisional.
IBDE. 2018. 271 muka surat