Zadig, Micromegas, Candide: Tiga Cerita Falsafah - Voltaire

Zadig, Micromegas, Candide: Tiga Cerita Falsafah - Voltaire

Regular price RM30.00 MYR Sale

Zadig, Micromegas, Candide: Tiga Cerita Falsafah merupakan kisah satira yang ditulis oleh Voltaire sebagai parodi, antaranya untuk menyindir institusi pemerintahan, raja-raja dan keagamaan ketika zamannya. Terdapat tiga watak utama yang diwujudkan dalam satira ini iaitu Zadig, Micromegas dan Candide. Dan kesemua watak ini mempunyai kisah-kisah yang tersendiri dan penuh dengan unsur sindiran dan kritikan.

Antara pendekatannya melalui satira-satira ini ialah dengan menampilkan sebuah pengembaraan aneh watak-wataknya, dan dalam masa yang sama menyampaikan kritikan-kritikan yang dihalakan ke beberapa penjuru sosial dan budaya masyarakat sekali gus. Misalnya dalam watak Zadig dalam bab pendengki menunjukkan kejahatan raja dalam menjatuhkan hukuman kerana Raja dikritik dan disindir melalui sebuah bait sajak yang ditulis oleh Zadig.

“Mahkota diraih dengan

jenayah terang-terangan

seteru terkeji

menggugat tenteram”

Dari satu sisi, Volaire juga menganjurkan penyisihan terhadap falsafah optimism – seperti yang ditunjukkan dalam Candide – dalam usahanya untuk menggalakkan lingkungan masyarakat sekeliling bersama-sama memainkan peranan dalam memperbaiki keadaan mereka sendiri.

Voltaire sempat dipenjarakan beberapa kali dan dibuang negeri kerana tulisan-tulisannya yang mencabar status quo.

IBDE. 2018. 228 muka surat