Bahasa Melayu: Kelebihannya dan Kekurangannya - Za’bā

Bahasa Melayu: Kelebihannya dan Kekurangannya - Za’bā

Regular price RM0.00 MYR RM35.00 MYR Sale

Edisi ke-2 ini menampilkan pengenalan dan catatan penyunting, serta perūmīan, nota kaki, glosari dan indeks yang telah dikemaskini.

Dalam buku ini, lapan buah makalah tulisan Za'ba yang pernah terbut dalam majalah Qalam bercetak Jawi pada tahun 1950-an diterbitkan semula dalam edisi Rumi (yang menggunakan kaedah transliterasi Jawi-Rumi) dan edisi asal dalam cetakan Jawi. Semua makalah itu mewakili pemikiran dan gagasan beliau tentang bahasa Melayu. Makalah pertama "Kedudukannya di Tenggara Asia" memaparkan kawasan tersebarnya bahasa Melayu di rantau Asia Tenggara khususnya bagi penduduk di Semenanjung Tanah Melayu. Kepulauan Riau dan Sumatera. Selain itu, bahasa Melayu disebut juga oleh Za'ba sebagai bahasa kedua yang luas dituturkan di Pulau Jawa, di negeri-negeri di Borneo (dalam sejarah moden kini meliputi Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam dan Kalimantan), dan di beberapa bahagian lain di Indonesia.

——

Akademi Jawi Malaysia. 2019. 154 pages. Paperback.