Perihal Keadilan: Tinjauan Wacana Keadilan Moden - Hazman Baharom

Perihal Keadilan: Tinjauan Wacana Keadilan Moden - Hazman Baharom

Regular price RM35.00 MYR Sale

Apabila berlaku sesuatu ketidakadilan seperti pembunuhan beramai-ramai, pembantaian etnik, penindasan golongan miskin oleh golongan kaya, atau diskriminasi kaum serta gender, kita lazimnya akan merasa tidak selesa. Tetapi jika kita mahu bergerak maju membentuk sebuah masyarakat yang adil, apakah yang dimaksudkan dengan keadilan? Apakah landasan idea yang memandu konsep keadilan yang kita pegang? Buku ini akan meninjau bagaimana pemikir-pemikir sepanjang sejarah, khususnya pada zaman moden, berfikir tentang konsep keadilan. Dari situ, terdapat banyak pengajaran penting untuk kita yang sedang hidup pada zaman yang serba mendesak ini.

——

Hazman Baharom ialah pensyarah Pengajian Malaysia dan Pengajian Moral di Kolej Kesihatan Ramsay Sime Darby. Beliau juga menganggotai Jawatankuasa Etika Bebas (IEC), Ramsay Sime Darby Health Care. Selain itu, beliau ialah felo Islamic Renaissance Front (IRF) dan kru Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM). Beliau telah menterjemahkan dua buku; ‘Islam, Sekularisme dan Demokrasi Liberal: Membentuk Teori Demokrasi untuk Masyarakat Muslim’ oleh Nader Hashemi, dan ‘Golongan Muslim Pertama: Sejarah dan Memori’ oleh Asma Afsaruddin. Beliau juga penulis buku ‘Renungan Kemasyarakatan’ yang terbit pada 2016.

——

SIRD. 2019. 278 pages. Paperback.